Sabtu, 18 Jun 2011

Shifat Hayat Faridatul Faraid ( siri 13 )

( Kesepuluh : Hayat ) Ertinya : Hidup, iaitu shifat yang maujud, yang sedia, yang berdiri pada dzat Allah Ta‘ala yang mengesahkan bagiNya Ta‘ala bahawa bershifat Ia dengan ‘ilmu dan lainnya daripada segala shifat dan tiada hidupNya itu dengan roh, maka tiada harus i’tiqad bahawasanya ada bagiNya roh dan jika roh yang qadim sekalipun . Dan ada Ia tiada ta‘alluq dengan sesuatu .


( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu mati .


( Dan dalil ) Hayat Allah Ta‘ala itu bahawasanya jika ada Ia mati, tiada kuasa Ia dan tiada menghendaki dan tiada mengetahui dan iaitu mustahil kerana telah tsabit demikian itu dengan beberapa dalil yang telah terdahulu, maka tsabitlah hayat Allah Ta‘ala dan apabila tsabit hayatNya, mustahil matiNya .

Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan