Sabtu, 18 Jun 2011

Hukum Mengucap Basmalah





'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 6 )


Tanbih :

Bermula hukum mengucap Basmalah itu empat wajah :

Adakalanya wajib dan adakalanya sunat dan adakalanya haram dan adakalanya makruh .

Maka yang wajib itu Basmalah pada membaca Al Faatihah dalam sembahyang . Dan yang sunat itu segala pekerjaan yang dicita-cita pada Syara’ padahal bukan dzikir semata-mata . Dan tiada Syara’ tuntut suruh memulai dengan yang lainnya, maka sunat dimulai dengan Basmalah .

Dan yang haram itu segala pekerjaan yang haram dzaati, ya’ni bukan haramnya itu ‘aradhi, maka haram kita mulai dengan Basmalah seperti berzina, ini jikalau tiada qashad menghinakan nama Allah . Dan jika ia qashad yang demikian itu nescaya jadi kafir ia .

Dan yang makruh mengucap Basmalah itu pada segala pekerjaan yang makruh yang dzaati seperti melihat faraj isteri, maka makruh mengucap Basmalah memulai melihat dia .

Dan keluar dengan haram dzaati itu, haram ‘aradhi seperti mengambil wudhu΄ dengan air yang dirampas . Demikian lagi, keluar dengan kata makruh dzaati itu, makruh ‘aradhi seperti makan bawang mentah, maka tiap-tiap daripada keduanya itu sunat dimulai dengan Basmalah . Kemudian katanya :

  ﺃﻗﺴﺎﻡ   ﺛﻼﺛﺔ   ﻓﻲ   ﻴﻧﺤﺼﺭ   ﺍﻟﻌﻘﻟﻲ   ﺍﻟﺤﻜﻢ   ﺃﻥ   ﺍﻋﻟﻢ  ﴿

Ketahui olehmu bahawasa hukum yang bangsa ‘aqal itu tersimpan ia pada tiga bahagi .

Hanya sungguhnya mendatang oleh mushannif dengan jumlah ini kerana bertambatan maksud dengan dia dan kerana intifaa' dengan dia pada maksud, maka jumlah ini muqaddimah kitab, bukan muqaddimah ‘ilmu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan