Sabtu, 18 Jun 2011

Makna Lafaz Allah, Ar Rahman, Ar Rahim

 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 2 )


Maka sekarang aku masuk pada yang dimaksud               ﺍﻟﻤﻌﺑﻭﺪ ﺍﻟﻤﻟﻙ  ﺑﻌﻭﻥ  maka aku kata : Dan dengan Allah jua beroleh taufiq .

Kata Syeikh Sanusi :

  ﺃﻠﺭّﺤﻴﻡ    ﭐﻠﺭّﺤﻤﻦ    ﺃﷲ    ﺑﺴﻡ  ﴿

Memulai ia akan muqaddimahnya dengan Basmalah kerana mengikut ia dengan Quran yang amat mulia dan kerana mengamalkan dengan hadits Nabi s.a.w :

٬ ﺃﺑﺘﺭ  ﻓﻬﻭ  ﺃﻠﺭّﺤﻴﻡ  ﭐﻠﺭّﺤﻤﻦ  ﺃﷲ  ﺑﺑﺴﻡ   ﻓﻴﻪ   ﻴﺑﺪﺃ   ﺑﺎﻝ  ﺬﻱ  ﺃﻤﺭ  ﻜﻝّ ﴿

  ﺃﺠﺫﻡ   ﻓﻬﻭ  ﺭﻭﺍﻴﺔ   ﻭﻓﻲ  ٬ ﺃﻗﻃﻊ  ﻓﻬﻭ  ﺭﻭﺍﻴﺔ    ﻓﻲ 

Ertinya : ‘ Tiap-tiap pekerjaan yang mempunyai cita-cita yang tiada dimulai di dalamnya itu dengan Basmalah, maka iaitu ﺃﺑﺗﺭ { abtar } ertinya ; terpotong pihak ekor . Dan pada suatu riwayat : ﺃﻗﻄﻊ { aqtha’ } Dan pada suatu riwayat : ﺃﺠﺬﻢ {ajdzam} .

Dan makna atas tiap-tiap tiga riwayat itu bahawasanya kurang berkat, maka iaitu dan jika tamam ia pada hissi sekalipun, ya’ni pada zhahir, tiada tamam ia pada makna .

Makna Allah

Ketahui olehmu bahawa makna lafaz Allah itu nama bagi dzat Tuhan kita yang wajib al wujud, khas ia pada lafaznya dan khas ia pada maknanya .

Maka erti khas pada lafaz itu tertentulah lafaz Allah itu nama bagi Tuhan kita dan tiada harus dinamakan dengan dia akan yang lain daripada dzat Allah melainkan atas jalan sandaran seperti ‘Abdullah .

Dan erti khas pada makna itu iaitu maknanya ﺑﺤﻖ ﻤﻌﺑﻭﺪ ertinya yang disembah dengan sebenarnya . Maka tertentulah makna yang demikian itu bagi Allah, tiada dapat bagi yang lainnya .

Dan lafaz Allah itu Ismul A’zham sisi jumhur ‘Ulama΄ . Dan telah memilih oleh Nawawi akan bahawa Ismul A’zham itu lafaz Al Haiyyu Al Qaiyyum . 

Makna Rahman  

Bermula Rahman itu nama bagi shifat, khas pada lafaznya dan am pada maknanya . Sebab dikatakan khas pada lafaznya kerana lafaz Rahman itu tertentu dishifatkan dengan dia bagi Allah jua . Dan tiada harus dikatakan bagi yang lainnya dengan Rahman .

Dan sebab { di } katakan am pada maknanya kerana makna Rahman itu pemurah, maka melengkapi pemurah itu kepada segala makhluq ber‘aqal atau tiada Islam atau kafir .

Makna Rahim

Dan Rahim itu nama bagi shifat pula, am pada lafaznya, ertinya harus dinamakan dengan dia akan yang lainnya daripada Allah . Dan khas pada maknanya kerana tertentu mengasihani itu { oleh Allah } bagi kaum yang Mu΄minin jua pada hari Qiyaamah .

Kemudian memulai pula oleh mushannif dengan mula yang kedua kerana memberitahu ia akan bahawasanya permulaan itu dua bahagi :

Yang pertama : Dinamai akan dia permulaan hakiki iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud dan tiada mendahulu akan dia oleh suatu seperti Basmalah .

Dan yang kedua : Dinamai akan dia permulaan idhafi, iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud . Dan jikalau mendahulu akan dia oleh sesuatu sekalipun seperti      ﺍﻟﺤﻤﺪ  maka iaitu sudah didahulukan dengan Basmalah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan