Maka mendahulukan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam akan hak segala suami atas segala perempuan, atas tiap-tiap hak hingga mendahulukan ia atas hak dua ibu-bapa, seperti barang yang datang ia daripada terghaib pada mereka itu bagi hak dua ibu-bapa dan zaujah atas barang yang diceritakan daripada Saiyyidina ‘Umar al Khaththab Radhiyallaahu ‘anhu : Bahawa sesungguhnya ia keluar serta Shahabatnya, maka melihat seorang perempuan menanggung ia akan seorang yang tua di atas belakangnya, maka berkata Saiyyidina ‘Umar : Apa yang kepayahan ini ?
Maka menjawab perempuan itu : Ya Amirul Mu΄minin !!! Bahawa sungguhnya ia bapaku dan sungguhnya jadilah ia seperti kanak-kanak ingin ia pada tiap-tiap suatu saat dan suatu saat berkehendak ia kepada bermain tanah seperti kanak-kanak yang kecil .
Dan sekali pula meminta ia akan makan dan sekali pula meminta ia akan minuman, maka tiap-tiap ghaib aku daripadanya, memanggil-manggil ia akan daku dengan tangis, maka aku tanggung akan dia ai atas belakangku di mana tempat berkeliling aku hingga apabila ingin ia akan suatu, nescaya aku beri akan dia dan jikalau tiada dapat, maka aku beri akandia suatu benda .
Demikian lagi, maka ‘ajaiblah oleh Saiyyidina ‘Umar dan berkata ia : Adakah kamu tahu bahawa sungguhnya perempuan ini mendatangkan ia akan hak bapa ?
Maka sembah mereka itu : ﺍﻟﻤﺅﻤﻧﻴﻦ ﺃﻤﻴﺭ ﻴﺎ ﺑﻟﻰ { Bahkan ya Amirul Mu΄minin }
Maka kata Saiyyidina ‘Umar Radhiyallaahu ‘anhu : Dan aku pohon aku berkata seperti yang demikian ini jua bahawa sungguhnya mendatangkan akan haknya dan serta ziadah pula .
Maka kata perempuan itu : Tersalah engkau ya Amirul Mu΄minin !!! Kerana belum lagi aku bayarkan akan haknya, bahawa sungguhnya adalah bapaku itu memeliharakan ia akan daku dan berdirilah ia dengan segala asbabku, dan berkhidmat ia akan daku serta mencita-cita ia akan hidupku dan enggan ia daripada matiku dan khidmat akan dia dan aku berdiri memeliharakan atasnya dan tetapi aku mencita-cita akan matinya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan