Sabtu, 18 Jun 2011

Shifat 'Ilmu Faridatul Faraid ( siri 12 )

 
( Kesembilan : ‘Ilmu ) Ertinya mengetahui dan iaitu shifat yang maujud yang sedia, yang berdiri pada dzat Allah Ta‘ala, yang nyata dengan dia oleh segala perkara (4) atas barang yang ia dengan dia daripada segala yang wajib dan yang harus dan yang mustahil atas wajah meliputi atas jalan tafshil dengan ketiadaan dahulu tersembunyi, maka baginya satu ta‘alluq jua, iaitu ta‘alluq tanjizi qadim, maka mengetahui Allah Subhaanahu wa Ta‘ala pada azali akan segala perkara hingga barang yang tiada kesudahan bagiNya seperti kamalatNya Ta‘ala dan segala nafs ahli Syurga .


(4) ( Qauluhu ; Atas barang yang ia dengan dia ) Bermula dhamir ( ia ) itu kembali kepada, ‘barang yang’ Dan dikehendaki dengan, ‘barang yang’ itu kelakuan ya’ni nyata bagi Allah Ta‘ala dengan shifat ‘ilmuNya itu oleh segala perkara atas kelakuan yang bersepakai oleh segala perkara itu dengan kelakuan itu pada waaqi’, ertinya, pada diri pekerjaan . Maka mitsal demikian itu bahawasanya pada pendapat engkau, Abdullah itu kaya, maka jika adalah ia pada waaqi’nya itu kaya, nescaya adalah pendapat engkau itu ‘ilmu . Jika adalah pada waaqi’nya miskin, maka pendapat engkau itu jahil . 


( Dan mustahil ) Lawannya iaitu jahil .


( Dan dalil ) Ilmu Allah Ta‘ala itu bahawasanya jika ada Ia jahil, nescaya tiada ada Ia menghendaki dan iaitu mustahil kerana tsabit menghendakinya dengan dalil yang telah lalu, maka tsabitlah ‘ilmu . Dan apabila tsabit bagiNya Ta‘ala ‘ilmu, mustahillah atasNya jahil .

Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan