Sabtu, 18 Jun 2011

Hukum Dalam Syari'at


'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 11 )

Kata Mushannif :

  ﭐﻟﻌﻘﻟﻰ    ﭐﻟﺤﻜﻡ    ﺍﻦ   ﴿

Ertinya : Bahawasanya hukum yang bangsa ‘aqal itu .

Bermula makna hukum itu iaitu mengitsbatkan suatu pekerjaan atau menafikan dia . Dan yang yang menghukumkan dengan itsbat atau nafi itu adakalanya Syara’, dan adakalanya ‘aqal, dan adakalanya ‘adat . Maka sebab itulah terbahagi hukum itu kepada tiga bahagi :

Pertama : Hukum Syara’   

Kedua : Hukum ‘Aqal   

Ketiga : Hukum ‘adat .

Dan hanya sungguhnya menyimpankan oleh mushannif atas hukum ‘aqal, tiada hukum Syara’ dan tiada hukum ‘adat kerana bahawa berkehendak menghukum atas dzat Allah Ta‘ala itu dengan hukum ‘aqal jua, tiada dengan hukum Syara’ dan ‘adat .

Ta‘arif Hukum ‘Aqal

Maka ta‘arif hukum ‘aqal itu iaitu mengitsbatkan suatu pekerjaan bagi suatu pekerjaan atau menafikan dia daripadanya daripada ketiadaan terhenti atas berulang-ulang cuba dan tiada terhenti atas oleh yang menghantarkan .

Dan keluar dengan kata, ‘tiada terhenti atas berulang-ulang’ itu, hukum ‘adat kerana ia terhenti atas berulang-ulang .

Dan keluar dengan kata, ‘tiada terhenti atas hantar oleh yang menghantarkan dia’ itu, hukum Syara’ kerana ia terhenti atas orang yang menghantar dia, ya’ni Syara’ menghantarkan dia .

Dan tersimpan hukum ‘aqal itu pada tiga bahagi, seperti lagi akan datang sebutnya .

Ta‘arif Hukum ‘Adat

Dan hukum ‘adat itu iaitu mengitsbatkan suatu pekerjaan bagi suatu pekerjaan atau menafikan dia daripadanya dengan waasithah dicuba-cubakan dia dengan berulang-ulang dan tersimpan ia pada empat bahagi :

Pertama : Ditambatkan wujud dengan wujud seperti ditambatkan wujud kenyang dengan wujud makan .

Kedua : Ditambatkan ‘adam dengan ‘adam seperti ditambatkan tiada kenyang dengan tiada makan .

Ketiga : Ditambatkan wujud dengan ‘adam seperti ditambatkan ada sejuk  dengan tiada selimut .

Keempat : Ditambatkan ‘adam dengan wujud seperti ditambatkan tiada hangus  dengan sebab wujud maani’ iaitu basah .

Ta‘arif Hukum Syara’

Dan hukum Syara’ itu, kalam Allah yang bergantung dengan perbuatan mukallaf dengan tuntut suruh atau tuntut tegah atau dengan harus atau yang dihantarkan bagi tuntut dan bagi ibaahah .

Dan masuk di dalam tuntut suruh itu dua perkara :  

Pertama : Wajib, maknanya barang yang diberi pahala atas orang yang mengerjakan dia dan disiksa atas orang yang meninggal akan dia seperti sembahyang lima waktu dan puasa bulan Ramadhan dan zakat dan lainnya daripada segala waajibaat al Syar‘ie .

Kedua : Sunat, maknanya barang yang diberi pahala atas orang yang mengerjakan dia dan tiada disiksa atas orang yang meninggalkan dia.

Dan masuk di dalam tuntut tegah itu dua perkara :

Pertama : Haram, maknanya barang yang disiksa atas orang yang mengerjakan dia dan diberi pahala atas orang yang meninggalkan dia.

Kedua : Makruh, maknanya barang yang diberi pahala atas orang yang meninggalkan dia dan tiada disiksa atas orang yang mengerjakan dia .

Dan ibaahah itu harus iaitu satu jua, maknanya bersamaan perbuat dan tinggalnya tiada pahala dan tiada siksa .

Maka dihimpunkan satu yang harus ini dengan empat yang dahulu itu, maka jadilah jumlahnya lima perkara dinamakan hukum takliifi yang empat yang dahulu itu . Dan ibaahah itu dinamakan hukum takhyiir .

Dan masuk pada yang dihantarkan bagi keduanya itu lima perkara :

Pertama : Sebab .

Kedua : Syarat .

Ketiga : Maani’ .

Keempat : Shahih .

Kelima : Fasid .

Dan makna Sebab itu barang yang lazim daripada ketiadaannya, ketiadaan musabbab dan lazim daripada diperolehinya, diperoleh musabbab seperti gelincir matahari . Maka bahawasanya Syara’ menghantarkan dia sebab bagi wajib sembahyang Zhuhur, maka lazim daripada ketiadaan gelincir matahari, ketiadaan wajib sembahyang Zhuhur iaitu musabbabnya .

Dan makna Syarat itu iaitu barang yang lazim daripada ketiadaannya, ketiadaan masyruuth dan tiada lazim daripada diperolehnya diperoleh masyruuth atau tiada diperolehnya seperti haul, ya’ni tamam setahun dengan dibangsakan bagi syarat wajib zakat na‘am, ya’ni segala binatang yang boleh buat qurban . Maka bahawasanya lazim daripada ketiadaan sempurna tahun, ketiadaan wajib zakat atau tiada wajibnya kerana terhenti wajib zakat atas memilik nisab akan sebagai milik yang kamil .

Dan makna Maani’ itu iaitu barang yang lazim daripada wujudnya ketiadaan diperoleh suatu dan tiada lazim daripada ketiadaannya diperoleh suatu atau tiada diperolehnya seperti haidh, maka bahawasanya lazim daripada perolehnya, ya’ni haidh iaitu maani’ ketiadaan diperoleh wajib sembahyang dan tiada lazim daripada ketiadaannya, ya’ni haidh diperoleh wajib sembahyang atau tiada wajib sembahyang atau tiada wajib sembahyang kerana terhenti wajib sembahyang itu atas sebab yang lain seperti gelincir matahari pada sembahyang Zhuhur .

Dan makna Shahih itu barang yang terbilang pada Syara’ .

Dan makna Fasid itu iaitu barang yang tiada bergantung dengan dia lulus dan tiada dibilang oleh Syara’ dengan dia .

Dan dinamai lima itu, hukum wadh‘ie, maka dipukul lima ini kepada lima yang dahulu, jadi dua puluh lima kerana tiap-tiap satu daripada hukum takliifi itu, lima hukum wadh‘ie padanya seperti umpama wajib ada syaratnya dan ada mani’ dan ada shahih dan ada fasid .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan