( Dan ) Melengkapi agama itu atas tiga perkara iaitu Islam dan iman dan ehsan .
( Bermula Islam itu ) Mengikut dan menerima oleh zhahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa salaam daripada segala barang yang diketahuikan daripada agama dengan dharurah, ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua kalimah Syahadah dan sembahyang .
Dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku lidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggal ia akan sembahyang dan umpamanya selama-lamanya .
( Dan segala rukun Islam itu ) Lima perkara :
( Pertama ) Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad Pesuruh Allah . Ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki masuk agama Islam .
( Kedua ) Mendirikan sembahyang yang lima .
( Ketiga ) Memberikan zakat .
( Keempat ) Puasa bulan Ramadhan .
( Kelima ) Haji akan Baitullah bagi mereka yang kuasa kepadanya akan jalan .
( Bermula iman itu ) Membenar hati akan Nabi s.a.w pada tiap-tiap suatu yang mendatang ia dengan dia daripada (3) barang yang maklum daripada agama dengan dharurah .
(3) ( Qauluhu ; Barang yang ma’lum daripada agama dengan dharurah ) Ertinya barang yang diketahuikan daripada segala dalil agama sebagai pengetahuan yang masyhur antara segala ahli agama hingga menyerupai dengan dharurah, ertinya ketiadaan fikir dan bicara . ﺍﻫ ﻤﺆﻟﻔﻪ
Dan dikendaki dengan membenar itu, mengikut hati dan menerimanya akan barang yang tersebut itu, tiada semata-mata mengetahui benar Nabi s.a.w serta ketiadaan mengikut dan menerima, maka tiada dihukumkan dengan iman kebanyakan daripada segala kafir yang mengetahui mereka itu bahawasanya Saiyyidina Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa salaam itu Nabi dan Rasul yang sebenar kerana ketiadaan mengikut hati mereka itu dan ketiadaan menerimanya akan demikian itu .
( Dan segala rukun iman itu ) Enam perkara :
( Pertama ) Beriman ertinya percaya dengan Allah .
( Kedua ) Beriman dengan MalaikatNya .
( Ketiga ) Beriman dengan segala KitabNya .
( Keempat ) Beriman dengan segala RasulNya .
( Kelima ) Beriman dengan hari yang kesudahan .
( Keenam ) Beriman dengan qadarNya baiknya dan jahatnya, ertinya bahawasanya sekelian perkara, sama ada elok seperti tha‘at atau keji seperti ma’shiat, hasil ia dengan perbuatan Allah Ta‘ala atas muwaafaqat kehendakNya pada sedia kala .
( Bermula ehsan itu ) Berbuat baik dengan bahawa ikhlas oleh seseorang pada segala tha‘atnya dan iaitu ber‘ibadat kita akan Allah Ta‘ala padahal seolah-olah kita melihatkan Dia, maka tiada patut bahawa berpaling kita kepada yang lainnya dengan bathin atawa zhahir padahal mengetahui kita bahawasa Allah Ta‘ala itu melihatkan kita, maka malu kita pada ketika itu bahawa lalai kita di dalam ‘ibadat { kepada } Nya . Dan ehsan ini syarat bagi kesempurnaan Islam dan iman, maka tiada sempurna keduanya melainkan dengan dia .
Kitab Fariidatul faraaid fil 'ilmil 'aqaaid
Kitab Fariidatul faraaid fil 'ilmil 'aqaaid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan