Sabtu, 18 Jun 2011

Shifat Mukhalafatuhu Lil HawaditsFaridatul faraid ( siri 7 )


 
( Keempat : Mukhaalafatuhu Ta‘ala Lil Hawaadits ) Ertinya ; bersalahan Tuhan Subhaanahu wa Ta‘ala bagi segala yang baharu .

Dan maknanya, ketiadaan menyamai Allah Ta‘ala bagi segala makhluq dan jika pada satu wajah sekalipun kerana segala yang baharu ini tiada sunyi ia daripada bahawa ada ia jauhar (2) atawa ada ia ‘aradh dan Allah Ta‘ala bukannya jauhar dan bukannya ‘aradh, maka tiada Ia menyerupai akan sesuatu daripada makhluq sekali-kali .

Maka jikalau mencampak oleh syaithan pada dzihin engkau bahawa sanya apabila tiada ada Tuhan itu jirim dan tiada ‘aradh, maka apalah hakikatNya ?

Maka kata olehmu pada menolak demikian itu ; Tiada mengetahuikan Allah melainkan Allah jua .

                        ﺍﻟﺑﺼﻴﺭ    ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ   ﻫﻭ    ﺸﻰﺀ   ﻜﻤﺜﻟﻪ  ﻟﻴﺲ   ﴿

Ertinya : “ Tiada  seperti  umpamaNya  sesuatu  dan  Ialah  Yang  Amat Mendengar  dan  Amat  Melihat ” .

Dan lemah daripada mendapat, itulah pendapat .

(2) ( Qauluhu ; Atawa ada ia ‘aradh ) Iaitu sesuatu yang maujud yang berhajat pada adanya kepada tempat yang menempati ia padanya seperti warna dan gerak dan diam dan jauh dan hampir . ﺍﻫ Muallifah .

( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu menyerupainya bagi sesuatu daripada segala makhluqNya .

( Dan ketahuilah ) Olehmu bahawasanya apabila datang di dalam    Al Quran atawa hadits barang yang memberi waham {a}kan menyerupai, maka Madzhab as Salaf diserahkan kehendaknya kepada Allah Ta‘ala dan Madzhab al Khalaf dita΄wilkan dia, maka seperti firman Allah Taala :

 ﭐﺴﺘﻮﻯ   ﭐﻟﻌﺭﺶ   ﻋﻟﻰ  ﭐﻟﺭﺤﻤﻥ  ﴿

Ertinya : Bermula Tuhan Yang Rahman itu di atas ‘ArasyNya tertinggi

Maka kata Salaf ; Tertinggi ia sebagai tertinggi yang tiada kita ketahuikan kaifiatnya, maka kita serahkan kehendakNya kepadaNya Ta‘ala .

Dan kata Khalaf ; Dikehendaki dengan tertinggi itu memerintah dan mulk .

( Dan dalil ) Bersalahan Allah Ta‘ala bagi segala yang baharu, bahawasanya jikalau menyerupa Ia akan yang baharu, nescaya adalah Ia baharu pula, dan iaitu mustahil kerana tsabit sediaNya dengan dalil yang telah lalu, maka tsabitlah bersalahanNya bagi yang baharu . Dan apabila tsabit demikian itu, mustahillah lawannya iaitu menyerupaiNya akan yang baharu .

Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan