Sabtu, 18 Jun 2011

Muqaddimah 'Ilmu ( Mabaadi )

'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 7 )

Adapun muqaddimah ‘ilmu itu iaitu mabaadi yang sepuluh perkara yang lagi akan datang sebutnya . Maka tak dapat tiada daripada orang yang hendak masuk belajar suatu ‘ilmu atas wajah yang akmal itu hendaklah ia mengetahui mabaadi yang sepuluh ini iaitu yang dinazham oleh setengah mereka itu dengan katanya :
                  
ﻮﺍﻟﻤﻮﻀﻮﻉ   ﺍﻟﺤﺪ  ٭  ﻋﺸﺭﺓ  ﻓﻦ   ﻜﻝ   ﻤﺑﺎﺪﻯ   ﺇﻦ

ﺍﻟﺷﺎﺭﻉ   ﺤﻜﻡ  ﻮﺍﻹﺴﺗﻤﺩﺍﺩ  ﻮﺍﻻﺴﻡ  ٭  ﻮﺍﻟﻮﺍﻀﻊ   ﻮﻧﺴﺑﺔ   ﻮﻓﻀﻟﻪ

ﺍﻟﺸﺭﻓﺎ  ﺤﺎﺯ  ﺍﻟﺟﻤﻴﻊ  ﺪﺭﻯ  ﻤﻥ   ٭  ﺍﻜﺘﻔﻰ   ﻭﺍﻟﺑﻌﺽ   ﻤﺴﺎﺌﻞ

Bahawasanya mabaadi tiap-tiap ‘ilmu itu sepuluh perkara :

Pertama : Had ‘ilmu .

Kedua : Tempat hantaran .

Ketiga : Faedahnya .

Keempat : Kelebihannya .

Kelima : Nisbahnya .

Keenam : Orang yang menghantarkan dia .

Ketujuh : Namanya .

Kedelapan : Tempat ambilannya .

Kesembilan : Hukum Syara’ .

Kesepuluh : Masalah .

Dan setengah mereka itu memadai ia dengan setengahnya dan barang siapa mengetahui ia akan sekelian yang sepuluh itu nescaya menghabisi ia akan kemuliaannya .

Had ‘Ilmu :

Maka bermula hadnya, ya’ni ta‘arif ‘ilmu tauhid itu iaitu ‘ilmu yang dibahas padanya daripada itsbatkan ‘aqaaid yang dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripada dalilnya yang diyakinkan . Dan kata qiil : Mengitsbatkan dzat itu tiada menyerupai bagi segala dzat yang baharu dan tiada hampa daripada segala shifat .

Tempat hantarannya :

Dan tempat hantarannya itu dzat Allah Ta‘ala dan dzat segala RasulNya daripada sekira-kira barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus dan dihantarkan atas mumkin daripada sekira-kira bahawasanya hendak mengambil dalil dengan dia atas wujud shaani’, ya’ni Tuhan yang berbuat dia dan dihantarkan dia atas sam‘iyyat, ertinya segala perkara yang didengar daripada Nabi daripada sekira-kira i’tiqadnya .

Faedahnya :

Dan faedahnya itu mengenal segala shifat Allah dan shifat segala RasulNya dengan segala burhan yang qath‘iyyah dan beroleh kemenangan dengan  sa‘aadah yang berkekalan .

Kelebihannya :

Dan kelebihannya itu bahawasanya terlebih mulia daripada segala ‘ilmu kerana keadaannya bergantung ia dengan dzat Allah dan dzat segala RasulNya dan barang yang mengikut ia akan yang demikian itu . Dan yang bergantung itu mulia ia dengan sebab mulia tempat yang digantungnya .

Nisbahnya :

Dan nisbahnya itu bahawasanya asal segala ‘ilmu dan barang yang lainnya itu furu’ daripadanya .

Orang yang menghantarkan ‘ilmu :

Dan orang yang menghantarkan dia itu Abu al Hasan Asy‘ari dan segala mereka yang mengikut oleh mereka itu akan dia dan Abu Mansur al Maturidi dan yang mengikut akan dia .

Nama ‘ilmu :

Dan namanya ‘ilmu Tauhid dan ‘ilmu Kalam dan telah menyebut oleh setengah mereka itu bahawa bagi ‘ilmu ini delapan namanya .

Tempat keluar ‘ilmu :

Dan tempat keluarnya daripada kitab Allah dan hadits dan dalil ‘aqal .

Hukum Syara’ :

Dan hukum Syara’ padanya wajib fardhu ‘ain atas tiap-tiap mukallaf daripada laki-laki dan perempuan .

Masalah ﴿

Dan segala masalahnya itu yang dibahas padanya daripada yang waajibaat dan jaaizaat dan yang mustahiilaat dan tiada tersembunyi .

Bahawasanya kata mushannif ﺍﻋﻟﻡ ﴿ itu diwadha’kan bagi bahawa diisti’malkan pada khithab bagi muayyan tetapi diisti’malkan dia oleh mushannif pada khithab akan tiap-tiap orang yang menilik pada muqaddimah ini daripada orang yang mungkin daripadanya mendapat akan ‘ilmu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan