Sabtu, 18 Jun 2011

Pohon kurma memberi salam Muhimmah ( siri 3 )


Bermula dalil yang menunjukkan atasnya itu barang yang diceritakan bahawa seorang Badwi datanglah ia kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam, maka berkata ia : Bahawa sungguhnya engkau telah menyeru engkau akan manusia kepada Allah Ta‘ala dan aku percaya dengan dikau dan tiada aku benarkan akan dikau melainkan dengan mu’jizat yang diperlihatkan akan daku .  

Bersabda baginya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallaam :

Apa yang engkau kehendaki ?

Maka berkata ia : Engkau suruh akan pohon kurma yang sudah kering ini, maka datang ia akan dikau .

Dan adalah antara hadapan keduanya itu satu pohon kurma yang sudah kering lagi sudah lama .

Maka bersabda bagi Badwi itu oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam : 

Pergilah olehmu, dan kata olehmu baginya bahawa, Muhammad yang memanggil akan dikau ’ .

Maka pergilah ia dan berkata ia : Hai pohon kurma !!! Perkenan olehmu akan Muhammad, bahawa sungguhnya ia memanggil akan dikau .

Maka bergerak-geraklah pohon kurma itu daripada pihak yang kanannya dan tercabutlah segala akarnya dan bergerak-gerak kepada sebelah kirinya, maka tercabut pula segala akarnya, maka jadilah ia datang seperti demikian itu kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam . Maka tatkala hampir ia kepadanya, memanggil ia serta :

ٱﷲ  ﻧﺑﻲّ  ﻴﺎ   ﻋﻟﻴﻚ  ﺍﻟﺴﻼﻡ

Maka jawab Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam :

ﺍﻟﺴﻼﻡ   ﻋﻟﻴﻚ 

Maka berkata oleh Badwi itu :
                        
      ﭐلله  رسول   ﺃﻧﻚ  و    ﭐلله  ﺇلاّ   ﺇلٰه    أن                  أشهد


Maka bersabda baginya oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam :           

Memadailah akan dikau ini ? Ertinya ; mu’jizat ini ?

Maka berkatalah ia :  ﻜﻔﻰ    ﻜﻔﻰ   Ertinya ; memadailah … memadailah .

Kemudian menyuruh oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam akan pohon kurma itu kembali, maka kembali ia kepada tempatnya .

Maka berkata oleh Badwi itu “ Ya Rasulullah ! Aku minta akan dikau akan suatu mu’jizat yang tiada pernah meminta akan dia oleh yang lain daripada aku, maka engkau perkenankan akan daku kepadanya, maka izinkanlah akan daku bahawa aku sujud bagi engkau sudah sujud di belakang tiap-tiap sembahyang .

Maka sabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam :

Tiada harus sujud bagi yang lain daripada Allah Ta‘ala . Dan jikalau harus bagi seorang bahawa sujud itu lain daripada Allah Ta‘ala, nescaya aku suruh akan sekelian perempuan bahawa sujud bagi suaminya mereka itu kerana membesarkan bagi hak suami mereka    itu ’ .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan