Sabtu, 18 Jun 2011

Kemudahan 'ibadat isteri Muhimmah ( siri 2 )


( Dan sungguhnya ) Telah diceritakan daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam, bahawa sungguhnya ia tatkala datang ke Madinah keluar ia kepada suatu jenazah, maka melihat ia akan beberapa perempuan mengiring akan jenazah, maka bersabda ia bagi sekelian mereka itu :

Adakah kamu menanggung { memikul jenazah } serta sama-sama dengan orang yang menanggung ’ ?

Maka sembah kami sekelian : Tiada .

Maka bersabda ia :

Adakah kamu sembahyang serta orang yang menyembahyang akan dia ’ ?

Maka sembah kami sekelian : Tiada .

Maka bersabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam bagi sekeliannya :

Balik oleh kamu sekeliannya, tiada ada diziarah dan tiada ada pahala ’ .

Maka sekelian mereka itu perempuan itu disuruh mereka itu dengan tetap di dalam segala rumah mereka itu kerana mengkhidmatkan bagi segala suami mereka itu, nescaya menyamai akan yang demikian itu daripada mereka itu sekelian tha‘at dan ‘ibadat bagi segala lelaki seperti barang yang lain diceritakan di dalam beberapa khabar bahawa sungguhnya seorang perempuan datang ia kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam, bersabda ia baginya :

Apa bicara engkau ’ ? 

Maka sembah ia : Ya Rasulullaah, bahawa sungguhnya kami hendak membawa datang segala perempuan kepada engkau .

Maka bersabda ia : ‘ Kerana apa ’ ?

Maka sembah perempuan itu : Adalah sekelian mereka itu bahawa berkata semuanya bahawa sungguhnya Allah Ta‘ala menjadikan Ia akan kita sekelian dan pula menjadikan Ia akan kita sekelian ini di bawah tangan, ya’ni di bawah perintah segala lelaki, lagi dihabas kita sebab hak mereka itu di dalam segala rumah dan menjadikan Ia akan kita sekelian akan tempat keinginan bagi segala mereka itu dan fardhukan atas kita berkhidmat bagi mereka itu dan menjadikan Ia bagi mereka itu perang sabil dan hadhir berjema‘ah dan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala menentukan Ia akan mereka itu dengan khithab, tiada kita, maka apa kita ganti akan barang yang mengurniai Allah Ta‘ala akan mereka itu ? .

Maka hairanlah Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam daripada sebaik-baik ‘ibaratnya dan berkata ia : 

‘ Tiada aku lihat seorang perempuan yang telah baik dan manis perkataan pada pekerjaan Allah Ta‘ala daripada engkau ’

Kemudian bersabda ia :  

‘ Menyampaikan olehmu daripada belakang engkau daripada perempuan yang Islam bahawa sebaik-baik thaat salah seorang kamu bagi suaminya itu menyamai akan kebajikan itu semuanya ’ .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan