( Kelima : Qiyaamuhu Ta‘ala bi nafsih ) Ertinya ; Berdiri Allah Ta‘ala dengan sendiriNya . Dan tiada dikehendaki dengan demikian itu, terbetul pendirianNya dengan ketiadaan mereka yang menolongkan Dia seperti barang yang bersegera pada faham dan hanya sungguhnya, makna berdiriNya dengan sendiri itu ketiadaan berkehendak Allah Ta‘ala kepada dzat yang menempati ia padanya seperti menempati segala ‘aradh pada segala dzat . Dan ketiadaan berkehendak kepada yang menjadikan Dia, bahkan Ia yang menjadikan segala perkara .
( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu berkehendakNya kepada dzat, atawa kepada yang menjadikan Dia .
( Dan dalil ) Qiyaamuhu bi nafsih itu bahawasanya jika tiada berdiri Ia dengan sendiriNya, bahkan berkehendak Ia kepada dzat, nescaya adalah Ia shifat dan keadaanNya Ta‘ala shifat itu mustahil kerana jika ada Ia shifat, nescaya tiada bershifat Ia dengan shifat ma‘ani dan ma’nawiyah yang lagi akan datang dan iaitu bathil kerana menunjuk beberapa dalil atas bershifatNya dengan shifat ma‘ani dan ma’nawiyah ( atawa ) jika berkehendak Ia kepada yang menjadikan Dia, nescaya adalah Ia baharu dan iaitu mustahil kerana telah terdahulu wajib qadimNya Subhaanahu wa Ta‘ala, maka tsabitlah berdiriNya dengan sendiriNya . Dan apabila tsabit demikian itu mustahillah lawannya, iaitu berkehendakNya kepada dzat atawa kepada yang menjadikan Dia .
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan