Sabtu, 18 Jun 2011

Shifat Qidam Dan Baqa΄ Faridatul faraaid ( siri 6 )

        
( Kedua : Qidam ) Ertinya ; sedia . Dan dikehendaki dengan dia, sedia yang dzaati . Dan maknanya, ketiadaan permulaan bagi wujud, ertinya ; tiada mendahulukan ada Allah itu oleh ‘adam .

Dan keluar dengan ‘sedia yang dzaati’ itu, sedia yang zamaani iaitu panjang masa serta terdahulu ‘adam, maka tiada dikehendaki di sini . 

( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu huduts, ertinya ; baharu .

( Dan dalil ) Qidam Allah Ta‘ala itu bahawasanya jika ada Ia baharu nescaya berhajat Ia kepada yang membaharukan dia dan iaitu mustahil kerana (1) daurun, ertinya ; berkeliling atau tasalsul, ertinya ; berhubung-hubung yang tiada kesudahan. Dan kedua-dua itu mustahil Dan apabila tsabit qidamNya Ta‘ala, mustahillah atasNya baharu .

(1) ( Qauluhu ; Daurun ) Dan ia dua bahagi .

( Pertama ) Daurun musharrahun, ertinya yang dinyatakan iaitulah yang ada ia dengan dua martabat seperti menjadi Zaid akan Amru dan Amru itu menjadikan Zaid .

( Kedua ) Daurun Mudhmarun, ertinya yang disembunyikan iaitu yang ada ia dengan beberapa martabat seperti menjadi Zaid akan Amru dan Amru itu menjadikan Bakar dan Bakar itu menjadikan Zaid .

( Adapun ) Tasalsul, maka mitsalnya bahawasa Zaid menjadikan Amru dan ia menjadikan Khalid . Dan demikianlah hingga tiada kesudahan bagi menjadikan itu .  ﺃﻋﻟﻡ   ﻮﭐﷲ  .  ﺍﻫ  ﻤﺆﻟﻔﻪ


 
( Ketiga : Baqa΄ ) Ertinya ; kekal . Dan maknanya, ketiadaan kesudahan bagi wujud, ertinya ; tiada memutuskan adaNya itu oleh ‘adam .

( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu fana΄ ertinya ; binasa .

( Dan dalil ) Baqa΄ Allah Ta‘ala itu bahawasanya jika ada Ia binasa nescaya adalah Ia baharu kerana tiap-tiap yang binasa itu harus adanya dan tiadanya . Dan tiap-tiap yang harus ada dan tiada itu { adalah } baharu . Dan baharu Allah Ta‘ala itu mustahil kerana telah tsabit qidamNya Ta‘ala, maka tsabitlah baqa΄Nya dan apabila tsabit baqa΄Nya, mustahillah binasaNya .

Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan