Sabtu, 18 Jun 2011

Pengertian Rasul dan Nabi

'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 5 )


Dan ketahui olehmu bahawasa Rasul itu maknanya pada lughah : Yang dibangkitkan daripada satu tempat kepada tempat yang lain . Dan pada istilah : Manusia ( lelaki ) yang diwahyukan kepadanya dengan Syara’ yang beramal ia dengan dia dan disuruh akan dia dengan menyampaikan dia .

Dan adapun Nabi itu maknanya pada lughah : Yang mengkhabarkan atau yang dikhabarkan dia . Dan maknanya pada istilah : Manusia     ( lelaki ) yang diwahyukan kepadanya dengan Syara’ yang beramal ia dengan dia dan jikalau tiada disuruh akan dia dengan menyampaikan sekalipun .   

Maka tiap-tiap Rasul itu Nabi dan tiada tiap-tiap Nabi itu Rasul, maka antara keduanya itu umum dan khusus muthlaq . Bermula murad dengan Rasul pada kalam mushannif itu Nabi kita Muhammad s.a.w .

Faedah :

Bermula mengucap Basmalah dan Alhamdulillah dan shalawat dan salam atas Penghulu kita . Demikian lagi mengucap dua kalimah Syahadah dan doa bagi dua ibu bapa, maka sekelian itu sunat sunat jua pada Madzhab kita Syafie melainkan mengucap Basmalah dan shalawat dan dua kalimah Syahadah pada tiap-tiap sembahyang, maka iaitu wajib . Bersalahan pada Madzhab Imam Malik, maka mengucap yang demikian itu wajib pada seumur hidup sekali dengan syarat ia niatkan yang wajib atasnya .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan