( Dan setengah ) Daripada shifat kesempurnaan itu, barang yang wajib diketahuikan dia atas jalan tafshili iaitu tiga belas shifat, atawa dua puluh shifat atas khilaf yang lagi akan datang .
Dan qaul yang rajih itu, qaul yang pertama . Dan tujuh yang tinggal lagi itu wajib diketahuikan atas jalan ijmal, tiada harus dinafikan dia dengan ijma’ kerana ia setengah daripada segala perkara kamalat, maka barang siapa menafikan dia (2) jadi ia kafir . Wal ‘iyaa dzu billaahi Ta‘ala .
( Syarah : Makna ‘ setengah ’, di sini ialah seperti yang seribu diambil satu umpamanya, itulah makna setengah di sini, bukannya itu setengah dua, ya’ni satu perdua kerana jika makna setengah di sini ialah satu perdua nescaya jadilah segala shifat yang wajib bagi Allah Ta‘ala itu tiga puluh enam shifat atau empat puluh shifat, maka jadilah shifat Allah Ta‘ala itu berhingga, maka ini adalah mustahil !!! )
Dan qaul yang rajih itu, qaul yang pertama . Dan tujuh yang tinggal lagi itu wajib diketahuikan atas jalan ijmal, tiada harus dinafikan dia dengan ijma’ kerana ia setengah daripada segala perkara kamalat, maka barang siapa menafikan dia (2) jadi ia kafir . Wal ‘iyaa dzu billaahi Ta‘ala .
(2) ( Qauluhu ; Jadi ia kafir ) Ini jika dinafikan dia serta ditsabitkan lawannya, seperti dinafi ‘keadaanNya yang kuasa’ dan ditsabitkan ‘keadaanNya yang lemah’ . Adapun nafi akan tsabitnya pada kharij dan akan lebihnya atas shifat ma‘ani, maka tiada mengkufurkan, bahkan ia yang sebenar, menyebut akan dia oleh Syarqaawi dan lainnya . ﺍﻫ
Dan hanya sungguhnya tiada wajib diketahuikan atas jalan tafshil jua.
( Maka yang pertama ) Daripada tiga belas shifat itu :
( Syarah : Makna ‘ yang pertama ’, di sini ialah hanya pertama pada sebutan dan pada bilangan dan pada tulisan, bukannya pada nafsul amr (diri perkara ) kerana bahawasanya tiap-tiap shifat kamalat ( kesempurnaan ) Allah Ta‘ala semuanya itu adalah qadim lagi azali, ya’ni adanya tiada berpermulaan dan tiada kesudahan, maka tidaklah terdahulu shifatNya di atas setengahnya pada nafsul amr melainkan pada yang tersebut itu jua .
Maka didahulukan setengah di antara shifat itu di atas setengah shifatnya yang lain padanya kerana tidak boleh hendak mendatangkan satu sebutan atau satu patah bilangan atau satu tulisan melainkan dengan didahulukannya atasnya beratur-atur .
INGAT !!! Jangan beri’tiqad bahawa shifat Allah Ta‘ala itu ada yang dahulu dan ada yang kemudian, seperti beri’tiqad shifat Allah Ta‘ala itu didahulukan dengan shifat wujud dan diikuti dengan shifat qidam, baqa dan sebagainya…. Maka ini salah di sisi i’tiqad !!!
( Wujud ) Ertinya ; ada . Dan dikehendaki dengan wujud itu, wujud yang dzaati dengan makna bahawasa ada Allah Ta‘ala itu tiada dengan memberi bekas oleh yang lainnya, lagi yang tiada menerima ‘adam ( tiada ) pada sedia kala dan ( tiada ) { menerima ‘adam } pada sentiasa . Dan wujud itu shifat yang tsubutiyah yang menunjuk oleh bershifat dengan dia atas diri dzat, tiada ia makna yang lebih atas dzat .
Dan memadalah akan mukallaf bahawa mengetahui bahawasa Allah Subhaanahu wa Ta‘ala itu maujud sebagai wujud yang tiada tashawwur pada ‘aqal ternafinya . Dan { tiada } wajib atas mukallaf mengetahuikan bahawasa wujudnya itu, ‘ain dzatNya atau lain dari pada dzatNya kerana demikian itu setengah daripada (3) ghawaamidhu ‘ilmil kalaam .
(3) ( Qauluhu ; Daripada ghawaamidhu ‘ilmil kalaam ) Ertinya daripada beberapa masalah yang dalam yang tersembunyi pada ‘ilmu ushuuluddin . ﺍﻫ ﻤﺆﻟﻔﻪ
( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu ‘adam, ertinya ; tiada ada .
( Dan dalil ) Atas wujud Allah Ta‘ala itu, segala makhluq ini kerana ia mumkin, ertinya patut ada dan patut tiada ada . Dan tiap-tiap mumkin itu tak dapat tiada bahawa ada baginya yang mengadakan dia, atawa kerana ia baharu, ertinya ada kemudian daripada ketiadaan . Dan tiap-tiap yang baharu itu tak dapat tiada bahawa ada baginya yang membaharukan dia, ertinya yang mengadakan dia .
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan